Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M'sia

"Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

"Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, tengah hari tadi.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya...dan ini tak betul,” katanya.

Sumber Malaysiakini

Read more


TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta meletakkan jawatannya jika gagal “mengakui bahawa dia adalah pertama rakyat Malaysia dan keduanya baru seorang Melayu.”

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, perkara itu selaras dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Lim mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin di lobi parlimen pagi ini yang menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Semasa sidang Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin membidas Lim yang didakwanya tidak menyokong insiatif 1Malaysia.

Menurut Lim, dia bukannya mempersoalkan hak keistimewaan Melayu tetapi menolak perbezaan berdasarkan kaum rakyat Malaysia.Muhyiddin, dalam ucapan penggulungan kementeriannya berkata Lim cuba mengeruhkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MP Ipo
h Timur itu baru-baru mencabar Muhyiddin untuk berikrar jika beliau menyokong insiatif 1Malaysia yang dipelopori oleh Najib yang memperjuangkan perpaduan nasional, toleransi etnik dan kecekapan kerajaan.

Menurut Lim, beliau sangsi dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Muhyiddin kerana beberapa kenyataan dan tindakannya dilihat bercanggah dengan slogan itu.

"Ipoh Timur telah mempersoalkan komitmen saya berhubung konsep 1Malaysia. Untuk mmakluman Ipoh Timur, 1Malaysia dibentuk oleh Perdana Menteri - idea yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan antara kaum untuk dijadikan asas kekuatan negara ini,” kata Muhyiddin di Dewan Rakyat semalam.


Sumber Malaysiakini

Read more


Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini.

Ia tanda-tanda awal menunjukkan ketegangan politik yang melanda negeri itu sejak setahun yang lalu mulai reda.

Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA).

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, speaker Datuk R Ganesan serta semua Adun Barisan Nasional Bebas dan Pakatan Rakyat mula tiba pada jam 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

Semua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan.

Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil tempatnya di barisan kerusi pembangkang.

Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam pergelutan setahun lalu.

Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan.

Berbeza dengan persidangan sebelum ini tahun lalu, tiada pihak berkumpul di sekitar kawasan hingga menimbulkan keadaan tegang apabila polis terpaksa mengarahkan mereka bersurai.

Bagaimanapun sebelum Raja Nazrin Shah menyampaikan titah perasmiannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.

Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi, di atas dewan berkenaan.

Mereka hanya dapat mendengar daripada mikrofon yang disediakan dan tidak berjaya memantau apa yang sebenarnya terjadi di dewan.

Tidak seperti sidang DUN negeri yang lain, wartawan kali ini tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan.

Menurut ad

un Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang menghantar SMS, kekecohan berlaku kerana pihak media dan wakil Pakatan Rakyat dikehendaki memasuki melalui pintu yang berlainan.

Mereka juga terpaksa melaui pemeriksaan keselamatan yang ketat berbanding rakan BN.

Menurut Nga mereka membantah terhadap layanan itu yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Persidangan bermula dengan titah ucapan diraja yang langsung tidak menyentuh mengenai krisis Perak itu.

Ganesan kemudiannya menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi esok.

Berbeza keadaan pada oktober lalu, adun Pakatan dan BN pada sidang kali menunjukkan sikap mesra sesama mereka.

Nizar dilaporkan sempat bergurau dengan Ganesan selepas itu sambil berjabat tangan. Beliau secara berseloroh kemudiannya memukul lengan speaker itu dengan sebuah fail sambil tersenyum sebelum meninggalkan dewan.

Bagaimanapun keadaan keselamatan dilaporkan ketat sejak awal pagi dengan polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Namun jalan di hadapan bangunan sekretariat kerajaan negeri yang menempatkan DUN Perak terus dibuka.

Read more


Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Spekulasi tercetus minggu lalu apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.

Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima

Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.

Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.

Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini.

“Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

“Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”

Malaysiakini

Read more


Gerakan: Ucapan Mahathir 'Jijik'

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalpenang gerakan pc 141008 teng hock namam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

perkasa first agm 270310 kerisPemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Sumber Malaysiakini

Read more


Anwar to zero in on APCO in Parliament today

KUALA LUMPUR, March 30 — The ongoing controversy involving APCO Worldwide, the US-based public relations consultancy hired by the Najib Administration, will be ramped up a notch when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim addresses Parliament today.

After years of accusing Anwar of Jewish ties — his close association with World Bank president Paul Wolfowitz is often cited — it appears the tables have been turned against the government.

The Straits Times reports that Anwar has “fresh information on APCO’s activities, its contract with the Malaysian government, and the strong links of one of its associate units with Israel.”

The report also goes on to say that “Anwar is expected to zero in on Asero Worldwide, an APCO associate company that specialises in homeland security and is headed by several personalities who were involved with security agencies in Israel.”

The Straits Times quotes B. Jay Cooper, APCO’s deputy managing director in Washington as saying that while “Asero has no contractual relationship with the government of Israel” and is a “separate business from Apco”, it did through its corporate holding provide “some administrative support to Asero in the form of accounting and other corporate services”.

Ironically, one of the reasons APCO was hired was to help improve Malaysia’s ties with the US, which had soured during the Mahathir Administration.

But it looks like this APCO-Israeli controversy may have a negative impact with the Malay ground.

The controversy started two weeks ago when Anwar alleged that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s 1 Malaysia campaign mirrored former Israeli prime minister Ehud Barak’s One Israel campaign. He also accused APCO of being behind both campaigns.

The Straits Times also reports that APCO was given very specific objectives.

“These included identifying areas in which goals of the Malaysian and US governments were significant and aligned, and to identify officials, think-tanks and news organisations relevant to Malaysia’s ties with the US.”

But that is not all.

Cooper said the firm was “also involved in Malaysian government initiatives in such critical areas as creating jobs and economic reform.”

There has also been widespread speculation that Apco was paid in excess of RM20 million.

Read more


Chua: Tugas kita bermula hari ini...

Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata keputusan hari ini merupakan permulaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan.

"(Kita) akan bergerak ke hadapan secara inklusif dan kolektif. Tugas kita baru bermula pada hari ini," katanya dalam sidang media sejurus selepas keputusan diumumkan.

Tambahnya, anggota parti perlu menghargai presiden terdahulu - Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting.

Katanya lagi, beliau berharap kedua-dua tokoh berkenaan akan terus memberi nasihat berkaitan hal parti, dan beliau juga sedia mendengar nasihat berkenaan demi mengukuhkan MCA.

Sementara itu, seorang naib presidennya, Ng Yen Yen berkata kemenangan beliau serta tiga yang lain - Datuk Donald Lim Siang Chai, Datuk Chor Chee Heung dan Gan Ping Sieu - merupakan gandingan hebat kepada parti.

"Apa yang penting selepas ini adalah bekerja bersama-sama untuk memastikan kesatuan dalam parti," katanya kepada wartawan selepas keputusan diumumkan malam ini.

Katanya lagi, beliau tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan presiden, timbalan dan naib presiden yang lain.

Beliau juga menyeru Lim, Chor dan Gan untuk bersama-sama memastikan proses menyatupadukan MCA walaupun masing-masing daripada kem berbeza.

"Ini adalah adat pertandingan... Ini adalah apa yang perwakilan mahu," katanya lagi yang gembira dengan keputusan pemilihan hari ini.

Sementara itu, ketua pemuda parti itu Datuk Wee Ka Siong berkata keputusan hari ini merupakan keputusan perwakilan dan ianya perlu dihormati.

"(Keputusan) ini bukan tentang pandangan peribadi, sama ada anda suka seseorang itu atau tidak," katanya kepada wartawan di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai perbalahan antara puak dalam parti itu, beliau berkata keputusan perwakilan hari ini adalah untuk menghalang puak tertentu mendominasi jawatankuasa pusat.

“Sebelum pemilihan tentulah kempen boleh jadi agresif. Mesej yang pa
ling signifikan yang dihantar oleh perwakilan ialah mereka tidak mahu melihat mana-mana kumpulan untuk mendominasi jawatankuasa pusat.

'Sebab itulah anda lihat pemimpin-pemimpin berbeza, sekarang mereka mahukan pasukan MCA.

“Suka atau tidak, kita (sekarang) terpaksa bekerjasama. Inilah mandat yang diberikan oleh perwakilan dan kita perlu bekerjasama untuk kebaikan parti," tambahnya.

Keputusan pemilihan MCA hari ini memperlihatkan mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang jawatan timbalan presiden, merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala pemenang kerusi jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Ketika sidang akhbar itu berlangsung, Tiong Lai muncul dan memberi ucapan ringkas mengucapkan tahniah pada presiden baru dan kepimpinannya.

Turut hadir ialah ialah Yen Yen, Ping Sieu, Chor, Donald Lim dan Ka Siong.

Bagaimanapun Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak kelihatan. Chew sebelum ini berikrar untuk meletak jawatannya dalam parti jika Chua menang dipilih sebagai presiden.

Ditemui selepas keputusan diumumkan, Chew berkata, beliau akan membuat satu pengumuman pada 2 April ini selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat pergerakan Wanita MCA.

"Saya tidak mahu merosakkan saat gembira yang kita raikan sekarang," katanya.

Reaksi Ka Ting

Sementara itu, Ka Ting pula berkata, beiau menghormati keputusan para perwakilan dan menerima kekalahannya.

Beliau berharap semua ahli parti itu akan berkongsi sentimen yang sama.

"Saya akan kembali semua kepada kehidupan (bersara sebagai presiden MCA) yang telah saya sesuai dengan diri saya. Saya juga akan meneruskan khidmat saya sebagai ahli parlimen," katanya.

Reaksi Tee Keat


Sementara itu, Tee Keat pula memberithu pemberita bahawa beliau merasa tenang dan juga tidak terperanjat dengan keputusan hari ini.

Sejurus selepas itu, Tee Keat berikrar akan terus mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, selagi beliau menjadi ahli parlimen beliau tidak akan melepaskannya isu PKFZ.

Tee Keat memulakan siasatan terhadap projek PKFZ yang mengalami kerugian besar selepas diantik sebagai menteri pengangkutan pada 2008.

Read more


Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala mereka yang menang jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Dua puluh lima pemenang jawatankuasa pusat, termasuk 14 penyandang (nama penyandang dihitamkan) ialah:

1.Lee Chee Leong (1,430)
2. Hou Kok Chung (1,312)
3. Heng Seai Kie (1,267)
4. Wee Jeck Seng (1,175)
5.Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Gan Tian Loo (1,117)
8. Tan Chai Ho (1,114)
9. Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Por choo Chor (1,037)
17. Tan ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)

Sebelum ini, 2,315 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

6.50pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Keputusan sedang diumumkan bermula dengan 25 pemenang jawatankuasa pusat MCA.

6.40pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Manakala pengiraan semula undi bagi kerusi ke-25 jawatankuasa pusat sedang berjalan.

5.11pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden pula bermula selepas selesai pengiraan undi bagi jawatan naib presiden, Manakala pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai kira-kira jam 4.30 petang.

4.37pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan naib presiden pula bermula. Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat sudah selesai kira-kira jam 4.30 petang.

1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.

12.25pm: Tempat pengundian ditutup secara rasmi.

12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.


11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.

10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.

9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.

9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?"

Read more


Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah

Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.

Sumber malaysiakini

Read more


Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor

Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad sudah lama menderita akibat kanser dan telah menjalani tiga pembedahan sebelum ini, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Selamatkan Malaysia di Hulu Selangor malam semalam.

Pendedahannya itu sekali gus mengesahkan bahawa kerusi parlimen yang disandang allahyarham telah lama diketahui berada dalam keadaan 'tenat.'

BN telahpun mendahului Pakatan dalam menjalankan usaha untuk merampas semula kerusi tersebut, yang dimenangi PKR dalam pilihan raya umum 2008.

BN memilih Bukit Sentosa sebagai tapak untuk melancarkan program Juara Rakyat pada awal tahun ini, manakala Pakatan pula baru berkira-kira untuk melancarkan Himpunan Selamatkan Malaysia sejak beberapa hari lalu.

"Dan dalam tempoh itulah Datuk Zainal meninggalkan kita," kata bendahari pusat PAS Dr Hatta Ramli pada ucapannya terdahulu.

Tambahnya, program pelancaran pada malam semalam itu sebenarnya telah dirancang sejak lebih dua hari lalu.

Namun pada malam semalam terpaksa ditukar kepada acara belasungkawa untuk memperingati Allahyarham yang meninggalkan jasa paling besar dengan memenangi kerusi itu.

"Sejak merdeka PAS tidak pernah tidak bertanding di kerusi ini tapi tidak pernah menang.

"Tapi pada 2008 Datuk Zainal berjaya buat keputusan upset dengan mengalahkan G Palanivel.

"Tiada orang yang boleh buat sebelum ini, tapi Datuk Zainal boleh buat," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga yakin Pakatan akan dapat mengekalkan kerusi itu walaupun BN juga tampak selesa dengan kemampuan mereka kali ini.

"Muhyiddin kata mereka ada banyak senjata untuk lawan kita. Dia tidak sebut senjata apa, jangan (bom) C4 sudahlah," katanya yang cuba berjenaka.

Pengunjung yang memenuhi lebih separuh daripada ruang di Stadium Mini Kuala Kubu Baru itu bagaimanapun nampaknya masih belum bersedia memberikan tindakbalas kepada modal ceramah pilihanraya seperti itu.

Hanya beberapa orang yang memakai baju parti yang ketawa dan bersorak.

Tidak
berputus asa, Hatta terus menguji hadirin dengan membangkitkan isu keselamatan dalam negara.

Beliau menyebut pendedahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mengenai dakwaan wujudnya 'pihak ketiga' dalam mengatur selia PDRM.

Turut dibangkitkannya ialah peranan syarikat Apco Inc, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan gerakan Zionis, sebagai salah sebuah perunding kepada negara.

Selain Hatta, program ceramah berkenaan turut membariskan tiga pemimpin Pakatan dalam kerajaan Selangor -- Adun Bukit Tunku Lau Weng San, exco Azmin Ali dan juga menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Umumnya, ketiga-tiga mereka menggariskan pencapaian oleh kerajaan negeri dan juga bantuan serta kemudahan yang disediakan kepada rakyat.

Mereka juga menjual mesej yang sama - kerajaan Selangor kini berkhidmat kepada rakyat tanpa mengenal kaum dan warna kulit dan pentadbiran baru ini lebih baik daripada yang terdahulu.

"Tan Sri Khalid tak buat mahligai (bernilai) RM24 juta macam kawan kita itu," kata Azmin dalam ucapannya, yang jelas disasarkan kepada pemimpin Umno.

Pada itu, beliau turut menyenaraikan beberapa peruntukan khas yang disalurkan Selangor kepada setiap golongan kaum.

Khalid Ibrahim dalam ucapannya pula berkata antara pencapaian utama sepanjang 750 hari beliau menjadi menteri besar ialah bekalan air percuma yang diberikan kepada seluruh warga negeri itu.

"Umno dan BN tidak terfikir tentang air percuma sebab tidak fikirkan rakyat.

"Umno bagi hutang tapi tak kutip. Boleh jadi juga dah kutip tapi kutip untuk poket dia," katanya lagi.

Bagaimanapun, tarikan utama hadirin kemudiannya tetap tertumpu kepada Anwar Ibrahim yang mengolah semula idea-idea yang ditanam oleh penceramah sebelumnya.

Malah, jenakanya tentang pesawat pejuang yang kehilangan enjin dan kapal selam yang gagal menyelam juga lebih berkesan berbanding cubaan sebelum itu oleh Dr Hatta Ramli.

Acara malam semalam menjadi pembuka tirai kepada pilihan raya kecil yang bakal diadakan bagi Hulu Selangor.

Kesannya masih terlalu awal untuk diteka. Kehadiran sekitar 5,000 di ceramah tersebut jauh lebih kecil berbanding kira-kira 10,000 yang hadir di program Juara Rakyat pada 9 Januari lalu.

BN juga dilihat berada dalam kedudukan lebih selesa, berbanding Pakatan. Sejak sebulan yang lalu, tiga ahli parlimen PKR berpaling tadah dan seorang lagi pula dengan rela hati dipecat daripada parti itu.

Namun, menurut Azmin Ali: “Angka bukan segalanya, tapi kita perlu angkat perjuangan rakyat.

Kita tunggu angka yang sebenarnya masuk ke dalam peti undi.”

Sumber Malaysiakini

Read more


Siapa bos MCA esok?

Siapa di antara tiga calon yang akan dilantik dan diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk menerajui MCA melalui zaman paling gawatya?

Bagi peganalisis politik, Ooi Kee Beng beliau yakin bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting akan berjaya merampas semula jawatannya pada pemilihan parti itu esok.

“Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin tunggal BN yang meletakkan jawatan selepas perkara yang memalukan pada 8 Mac itu,” kata Ooi dalam wawancara menerusi e-mail dengan Malaysiakini.

8 Mac 2008 yang juga dinamakan 'tsunami politik' menyaksikan BN hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan lima negeri.

“Apa yang baik bagi MCA ialah menjadi pemimpin berkredibel untuk masyarakat Cina - dengan kata lain berani untuk berdepan dengan Umno,” kata Ooi yang berpangkalan di Singapura.

Malangnya, semua mereka tidak mampu berbuat demikian.

Ka Ting membuat keputusan untuk turun semula ke gelanggang politik dan akan berdepan dengan presiden sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagi penganalisis politik, James Wong, pengamatannya mendapati kebanyakan masyarakat Cina lebih gemarkan pemimpin muda.

Jika perkiraan itu diambil, maka ia bererti Ka Ting atau Tee Keat akan dipilih mereka mempunyai usia yang sama berbanding Chua yang lebih tua.

Menurut Wong, Tee Keat bagi sesetengah orang dilihat sebagai pemimpin yang agak individualistic dan egoistic.

Sumber Malaysiakini

Read more


Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang pertama meskipun sebelum ini menerima beberapa tamparan terhadap imej NGO itu.

Minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menolak jemputan berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

perkasa first agm 270310 crowdTindakan yang sama diambil oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.

Namun semua itu, tidak mematahkan semangat presidennya, datuk Ibrahim Ali daripada meneruskan agenda perjuangan Melayu dengan kehadiran tidak kurang 4,000 ahli dan tetamu hari ini.

Sebagai ganti, bekas Perdana Menteri diundang khas merasmikan AGM Perkasa dan kemudiannya dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.

perkasa first agm 270310 report police agaist anwar 02Selepas majlis perasmian, Perkasa kemudiannya membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.

Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut tengah hari tadi, Arman berkata, mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”

Beliau juga mempersoalkan kenapakah polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya.

perkasa first agm 270310 report police agaist anwar“Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.

Bekas ahli parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.

Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.

Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.

Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.


Sumber malaysiakini

Read more


Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".

Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap tiga akhbar terbabit yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Sumber Malaysiakini

Read more


Laporan polis terhadap Zahrain

Satu laporan polis dibuat terhadap ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim kerana didakwa menerima wang untuk keluar PKR.

Laporan tersebut - yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bayan Baru di balai polis Jalan Patani - menggesa polis menyiasat satu kenyataan baru-baru ini yang membayangkan Zahrain - ahli parlimen Bebas - telah dibayar untuk keluar PKR.

Laporan itu dibuat oleh ketua AMK Bayan Baru, Ahmad Azrial Tahir, yang ditemani ahli-ahli AMK - Syed Makael dan Marian Shafiee.

Ahmad Azrial membuat laporan itu berdasarkan kepada kenyataan ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh mendakwa tawaran kepada Zahrain tentunya besar kerana dia keluar parti.

Sumber Malaysiakini

Read more


Sah: MIC akan calonkan Palanivel

MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang."

Sementara itu, ketua penerangan MIC, P Kamalanathan berkata Palanivel yang mewakili parlimen Hulu Selangor selama dua penggal (1999 dan 2004) - sudah turun padang sejak kalah kepada PKR pada 2008.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam tadi.

Kamalanathan berkata, Umno tidak akan menuntut kerusi tersebut kerana bukan amalan BN untuk bertukar kerusi dalam pilihan raya kecil.

Sementara itu, Parti Hak Asasi Manusia (HRP) pula akan mengumumkan Ahad ini sama ada akan bertanding di kerusi tersebut.

"Pendirian parti akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya Ahad ini," kata setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata parti itu akan menunggu sehingga jenazah Zainal Abidin selamat dikebumikan sebelum memutuskan soal calonnya.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi semula kerusi tersebut kerana dalam pilihan raya umum lalu, ia menang kesemua tiga kerusi DUN dalam parlimen Hulu Selangor - Kuala Kubu Bharu (MCA), Batang Kali (Umno) dan Hulu Bernam (Umno).

Ini merupakan pilihan raya kecil kesepuluh selepas pilihan raya umum 2008 dengan Pakatan memenangi tujuh daripadanya dan BN pula menang dua kerusi.

Sumber Malaysiakini

Read more


MP Hulu Selangor selamat dikebumikan

Jenazah ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melaka, Jalan Cheras.

Bekas timbalan menteri besar Selangor itu meninggal dunia jam 9.27 malam tadi akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak - tiga perempuan, seorang lelaki.

Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar; naib presiden PKR, Azmin Ali; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang.

Pemimpin-pemimpin, jiran, kenalan dan penyokongnya sekitar 300 orang silih berganti sejak daripada awal pagi lagi. Suasana muram menyelubungi sekitar rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras itu.

Bagaimanapun jalan agak sesak ekoran banyak kereta diparkir di tepi jalan berhampiran rumahnya. Puluhan wartawan juga membaji rumah tersebut.

Bagaimanapun ahli keluarnga si mati tidak membenarkan mereka mengambil gambar di dalam perkarangan rumah dan berhampiran jenazah ketika ia dikebumikan. Ahli keluarganya juga enggan ditemuramah kerana terlalu sedih.

Pelbagai parti kongsi kesedihan


Kira-kira jam 10.30 pagi jenazah dibawa ke Masjid Batu 10 - atau lebih dikenali sebagai Masjid Kuning - untuk disolatkan. Antara pemimpin yang turut bersolat bersama kira-kira 100 hadirin, antaranya Anwar, Azmin, Zulkifli dan Noh .

Walaupun berlainan parti politik, kelihatan pemimpin tersebut berkongsi kesedihan yang sama dan mengambil peluang bertegur-sapa antara satu sama lain.

Anwar ketika ditemui berkata, beliau sedih dengan kehilangan almarhum yang dikenali semasa menuntut di Universiti Malaya (UM) pada zaman 1970-an lagi.

“Beliau seorang yang kuat dengan idealisme bahasa dan pendidikan. Saya ketika itu bergiat dalam Persatuan Bahasa Melayu UM.

“Walaupun mungkin tidak dapat menjalankan tugas dengan sebagai ahli parlimen dengan baik kerana lama uzur, pemergiannya akan sentiasa dikenang,” kata Anwar dan berbaju Melayu putih dan bersongkok.

Sementara Noh pula berkata pemergian almarhum merupakan kehilangan kepada seluruh rakyat negeri Selangor.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga almarhum. Beliau terkenal dengan perkhidmatannya yang bagus sejak menjadi timbalan menteri besar (Selangor) lagi. Kita tidak dapat nafikan sumbangan amat besar kepada Umno sendiri dan rakyat Selangor secara amnya,” katanya.

Contoh ahli politik konsisten, bersih

Lim pula ketika ditemui di rumah almarhum pula hanya berkata: “Saya sedih dengan pemergiannya. Saya ucapkan takziah kepada ahli keluarganya”.

Manakala Dr Hasan pula berkata, PAS sentiasa menjadikan almarhum sebagai contoh seorang ahli politik yang gigih, konsisten dan bersih dalam politik.

“Beliau amat peramah dan rendah diri. Pemimpin seperti ini amat sudah dicari ganti,” katanya.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Sumber Malaysiakini

Read more


TM unveils UniFi high speed broadband pricing

TM unveils UniFi high speed broadband pricing Telekom Malaysia has announced the pricing for its UniFi high speed broadband service, which comes in three packages. Residential subscribers can opt for a 5Mbps (RM149 per month), 10Mbps (RM199) or 20Mbps (RM249) connection to the Internet.

Comparison TM and StarHub(Singapore ISP)/ Thailand ISP
TM - pakej VIP 10 - smpai 10Mbps + channel tv 14 ( tv lain tolak tepi) + free call local lines + cordless phone
90 Gb maks donlod permonth = RM 199.00



http://www.starhub.com/promotions/hubbing/homehubbingpackpremium.html

starhub - 12Mbps + 31 channel tv +home phone line ( unlimited local calls) + mobile broadband 1Mb
$ 81.32 (singapore dollar) = RM191.00

At thailand:
4mbps (SLOWEST package, no 384k sorry): RM60

5mbps: RM80

6mbps: RM100

8mbps: RM120

12mbps: RM170

16mbps: RM220

http://www.trueonline.com/th/highlight.aspx



RM150/bulan (zero entry cost), you will get:
- Hypp TV (IPTV)
- Set Top Box
- Dynamic IP
- Call Rates, Free to TM Fixed line nation-wide, 10sen/min to all mobiles nationwide
- Cordless phone, Wi-fi 'N' RG HD STB
- 2GB e-mail
- Premise Gateway, wireles 'n' (home)
- 5 Mbps
- Maximum dload: 60GB/month

Channels yang ada dlm HyppTV:

Read more


Polis tahan Datuk Wan Hashim

KOTA BARU, 25 Mac — Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang pagi tadi mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja, malam ini ditahan polis dipercayai untuk siasatan.

Wan Hashim yang diumumkan pelantikan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam.

The Malaysian Insider difahamkan Wan Hashim diambil di rumahnya sebelum di bawa ke IPK.

Pelantikan Wan Hashim dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sejak seminggu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan) bersalaman dengan exco dan pegawai kerajaan negeri ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini. – Foto Bernama

Dalam pada itu pihak polis didapati turut mengadakan kawalan di sekitar Masjid Muhammadi.

Malam ini pihak kerajaan negeri telah mengadakan solat hajat di masjid berkenaan.

Istana Pemangku Raja di Telipot juga difahamkan dikawal rapi pasukan kawalan keselamatan.

Sementara itu seorang yang mengiringi Wan Hashim dilihat keluar dari IPK kira-kira pukul 10.30 malam, namun Setiausaha Sulit tidak kelihatan.

Polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu menurut sumber, satu mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri (MPN) diadakan di Istana Telipot malam ini.

Kira-kira pukul 11 malam beberapa anggota MPN dilihat memasuki kawasan istana.

Sepuluh minit sebelum itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad Halim pula kelihatan memasuki istana.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa mesyuarat itu diadakan bagi melantik pengerusi baru MPN ekoran perkembangan pagi tadi.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Wan Hashim bahawa Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Ahmad berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja.

Read more


Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN

KOTA BHARU, 25 Mac: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

“Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakli keputusan Majlis Perajaan Negeri,” katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Pagi tadi Wan Hashim yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa hari ini. Beliau digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah iaitu bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa sekarang memandangkan Sultan Kelantan masih gering.

Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berkata, Pemangku Raja dilantik di atas sebab Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua, maka Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya berdasarkan undang-undang.

Mohd Aiseri juga berkata, majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan tetap akan diadakan di Balai Besar pada 30 Mac ini.

"Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Muhammadi yang dijangka dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Pemangku Raja berdasar kepada peruntukan undang-undang.

Ditanya cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri supaya diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana, katanya ia dianggap tidak perlu buat masa ini kerana undang-undang yang ada sudah cukup jelas.

Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Negeri, Shafei Ismail berkata, persatuan berkenaan tetap dengan berpendirian awal mendokong Pemangku Raja berdasar kepada undang-undang.

Read more


Anwar Enggan Ulas Zul, Bertekak Dengan Wartawan

DEWAN PARLIMEN, 25 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal berita.

“Tak payah…tak payahlah, tanya dialah siapa yang arah, I tak tahu, dia tak sebut nama. Kalau dia sebutpun, I tak layan sangat. “Sebagai seorang wartawan yang bagus, jika dia kata dia diminta oleh seseorang, kamu patutnya tanyalah dia. Dia sekarang di Parlimen,” katanya.

Wartawan wanita berkenaan kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya ingin tahu sama ada Anwar menafikan perkara itu atau sebaliknya.

Anwar berkata: “Ini satu kenyataan yang tidak wajar daripada seorang wartawan…siapa bayar awak untuk bertanya soalan ini?”

Apabila wartawan itu cuba menyatakan bahawa beliau mahu berlaku adil dan hanya sekadar ingin mengetahui cerita sebenar di pihak Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus menyindirnya.
“Apa maksud kamu mahu mendapatkan cerita dari pihak saya. Dia tidak sebut nama, adakah dia kaitkan saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah, Anwar berkata itu tidak membawa sebarang makna kepadanya. -MediaUMNO/Bernama

Read more


Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul

Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin, berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

“Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis.

Musa berkata, sebarang maklumat yang ada termasuk pendedahan itu akan dinilai dan digunakan bagi meneruskan siasatan sehingga kes itu dapat diselesaikan.

Semalam Zulkifli, yang juga anggota Parti Keadilan Rakyat yang dipecat, mendakwa ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman oleh pihak tertentu untuk menghubungkan Najib dan Rosmah dengan kes Altantuya.Dakwanya lagi, dia diminta membuat akuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Sumber Malaysiakini

Read more


Lim: Pengundi boleh seret Yip ke mahkamah

Pemimpinan kanan DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit siang berkata penduduk Titi Tinggi boleh membawa wakil rakyat mereka, Yip Sun Onn, ke mahkamah berhubung kesahihan kedudukannya sebagai ADUN kawasan tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Lim berkata ini kerana Yip sudah menghantar surat peletakan jawatannya.

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Lim berkata surat peletakan jawatan itu tidak boleh ditarik balik apabila sudah dikeluarkan.

Menjawab soalan, Lim percaya ADUN Titi Tinggi itu berdepan dengan takanan untuk menarik balik peletakan jawatannya.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin BN yang berusaha memujuk Yip berbanding dengan pemimpin partinya sendiri dari MCA.

Lim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Yip berbuat.

"MCA nampaknya tidak berbuat apa-apa," tambahnya.

Kenyataan Lim itu dibuat ekoran laporan yang menyebut ADUN Titi Tinggi itu telah menarik balik surat peletakan jawatannya, melalui kiriman SMS kepada Speaker Perlis, Datuk Yazid Mat.

Read more


Dua Pemangku Raja Kelantan?

Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Sultan Kelantan didakwa telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Menurut perisytiharan yang dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota, Kota Bharu, Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.

Bagaimanapun, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pula, ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata Tengku Muhammad Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan.

"Pelantikan Tengku Abdul Aziz tidak ikut Perlembagaan negeri kerana untuk sebarang pelantikan dan pemecatan ianya memerlukan dua pertiga persetujuan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri dan bukannya daripada seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Yahya Petra yang didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.

Titah mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz, 76, abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah, itu dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di Kota Bharu hari ini.

Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: "Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus."

Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil ahli MPN untuk diadakan mesyuarat bagi berhubung keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Tengku Muhammad Faris dan kerajaan negeri berhubung pengumuman itu.

Semalam Tengku Muhammad Faris bertitah ayahandanya, Sultan Kelantan masih gering dan beliau kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan untuk menjalankan tugas hal ehwal negeri sejak beliau dilantik pada 29 Mei tahun lalu disebabkan Sultan Kelantan gering dan terpaksa dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Baginda bertitah kesemua laporan mengenai kesihatan Ayahandanya selain daripada pakar doktor-doktor yang dilantik adalah tidak tepat.

Abdul Halim berkata satu sidang akhbar akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias, yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.

Sementara itu, petang tadi Bernama melaporkan Setiausaha MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPK pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga setiausaha kerajaan negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra dan digantikan Tengku Abdul Aziz berkuatkuasa serta merta, adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

"Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu," katanya dalam sidang media petang tadi.

Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

"Ini jelas bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai," katanya.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut disampaikan Tuanku Ismail Petra kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di Kota Bharu hari ini.

Menurut Wan Hashim, sehubungan itu juga baginda didakwa telah menitahkan jawatan itu diserahkan kepada Tengku Abdul Aziz.

Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: "Baginda boleh bertitah boleh bercakap dan ingatan baginda bagus."

Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat tidak perlu dipanggil anggota MPN untuk diadakan mesyuarat majlis itu bagi memutuskan keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris dilantik ekoran kegeringan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Dalam sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

"Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan," katanya.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Beliau berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan semua pihak menghormati undang-undang perlembagaan tanpa bertindak membelakangi undang-undang yang sedia ada.

Sementara itu, Tengku Muhammad Faris tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan "merampas kuasa" melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, Baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda.

Tengku Muhammad Faris hanya sempat menjawab sambil berjalan: "Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang," katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Sumber Malaysiakini

Read more

Nuffnang

Central Blog Fans

Central Blog on Facebook

Tweet Us!

Followers

Blog Archive

Tracker


View My Stats

Wibiya

Web hosting for webmasters