KOTA BHARU 24 Mac – Kerajaan Pas Kelantan memutuskan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perunding mewakili kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti minyak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat mingguan Exco hari ini membuat ketetapan itu dan surat pelantikan akan dihantar segera.
Katanya, walaupun bekas Menteri Kewangan tersebut belum dimaklumkan,tetapi beliau percaya pelantikan itu tidak akan ditolak kerana Tengku Razaleigh sendiri pernah menyatakan hasrat untuk menjadi orang tengah antara kerajaan negeri dengan Petronas dan kerajaan Pusat.
“Mesyuarat hari ini bersetuju melantik Tengku Razaleigh Hamzah selaku perunding bagi kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas dan Perdana Menteri bagi tuntutan royalti petroleum berkuat kuasa serta-merta.
“Kita harap beliau bersetuju. Sebelum ini beliau telah tawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk selesaikan tuntutan royalti.
“Pihak kerajaan negeri memberi kebebasan sepenuhnya kepada Tengku Razaleigh dalam membuat dan menentukan terma rundingan bagi mencapai tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Beliau berpendapat, pelantikan tersebut adalah satu penghormatan buat Tengku Razaleigh berdasarkan kedudukannya sebagai bekas Pengerusi Petronas dan menjadi orang yang merangka Akta Petroleum 1974.
Tambahnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah bekerja dibawah beliau di Petronas dan ia akan memudahkan sebarang penyelesaian dicapai.
Husam berkata, hanya satu objektif ditetapkan bagi rundingan iaitu untuk kerajaan negeri mendapat bayaran tunai royalti secara terus dan bukannya dalam bentuk wang ihsan.
“Tengku Razaleigh akan berunding bersendirian dan tidak ada sebarang fee. Terpulanglah kepada beliau mendapat tarikh daripada Perdana Menteri.
“Beliau diberi tempoh empat bulan untuk rundingan. Kita jangka tempoh empat bulan itu boleh selesai, kalau lama sangat berpanjangan pula,” katanya tanpa menyebut apa langkah seterusnya sekiranya hasrat mereka tidak tercapai.
Tengku Razaleigh sejak Januari lalu telah terbabit secara aktif dalam siri jelajah pembangkang berkaitan tuntutan royalti walaupun pendiriannya bertentangan dengan kerajaan Pusat dan mendapat reaksi negatif sebahagian pemimpin UMNO.
0 comments to "Kerajaan Kelantan Lantik Ku Li Runding Isu Royalti Minyak"
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(73)
-
▼
March
(39)
- Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M'sia
- TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia
- Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan...
- Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi
- Gerakan: Ucapan Mahathir 'Jijik'
- Anwar to zero in on APCO in Parliament today
- Chua: Tugas kita bermula hari ini...
- Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
- Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
- Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor
- Siapa bos MCA esok?
- Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Laporan polis terhadap Zahrain
- Sah: MIC akan calonkan Palanivel
- MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
- TM unveils UniFi high speed broadband pricing
- Polis tahan Datuk Wan Hashim
- Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN
- Anwar Enggan Ulas Zul, Bertekak Dengan Wartawan
- Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
- Lim: Pengundi boleh seret Yip ke mahkamah
- Dua Pemangku Raja Kelantan?
- Adenan Satem kembali dalam kabinet Sarawak
- Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei
- MP Hulu Selangor meninggal dunia
- Kerajaan Kelantan Lantik Ku Li Runding Isu Royalt...
- Sempena Hari Polis Ke-203: Integriti, profesionali...
- RM1b in laptops for poor students
- Adun Titi Tinggi tarik balik surat letak jawatan
- Saham judi: Ibrahim Ali akan saman
- BN Perlis tak mahu pilihanraya kecil - Malaysiakini
- Zul ditawar habuan kaitkan PM, Rosmah dgn Altantuya
- 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- Tan Sri Sulaiman Daud Meninggal Dunia.
- Hisham: Nakal sifatkan saya, Musa tegang
- MCA sedang pujuk Yip
- ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
-
▼
March
(39)
Tracker
Wibiya

Post a Comment