Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbicaraan kemudiannya akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.
Jumlah hari yang ditetapkan untuk perbicaraan itu adalah 39 hari.
![]() |
Mohd Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik
diri.
Dalam prosiding pada 18 Feb, mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan sehingga menunggu selesainya rayuan Anwar berhubung keputusan Hakim Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri.
Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan.
Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Apabila mahkamah bersidang hari ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, meminta mahkamah menetapkan tarikh seawal minggu depan bagi meneruskan perbicaraan kes itu.
![]() |
Anwar ialah Anggota Parlimen Permatang Pauh manakala Karpal ialah Anggota Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP.
Mohamed Yusof berkata bahawa itu tidak boleh dijadikan alasan tetapi Karpal menjawab bahawa beliau dan Anwar mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Karpal mencadangkan Julai sebagai tarikh yang sesuai kerana beliau boleh hadir sekiranya kes itu ditetapkan sepanjang bulan itu.
Bagaimanapun Hakim Mohamad Zabidin berkata tarikh itu terlalu lewat dan mencadangkan pula ia dijalankan pada Mei, dan selepas pihak-pihak terlibat berbincang dalam kamar hakim kemudiannya, tarikh-tarikh itu dipersetujui.Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Sumber Malaysiakini
0 comments to "Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei"
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(73)
-
▼
March
(39)
- Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M'sia
- TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia
- Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan...
- Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi
- Gerakan: Ucapan Mahathir 'Jijik'
- Anwar to zero in on APCO in Parliament today
- Chua: Tugas kita bermula hari ini...
- Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
- Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
- Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor
- Siapa bos MCA esok?
- Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Laporan polis terhadap Zahrain
- Sah: MIC akan calonkan Palanivel
- MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
- TM unveils UniFi high speed broadband pricing
- Polis tahan Datuk Wan Hashim
- Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN
- Anwar Enggan Ulas Zul, Bertekak Dengan Wartawan
- Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
- Lim: Pengundi boleh seret Yip ke mahkamah
- Dua Pemangku Raja Kelantan?
- Adenan Satem kembali dalam kabinet Sarawak
- Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei
- MP Hulu Selangor meninggal dunia
- Kerajaan Kelantan Lantik Ku Li Runding Isu Royalt...
- Sempena Hari Polis Ke-203: Integriti, profesionali...
- RM1b in laptops for poor students
- Adun Titi Tinggi tarik balik surat letak jawatan
- Saham judi: Ibrahim Ali akan saman
- BN Perlis tak mahu pilihanraya kecil - Malaysiakini
- Zul ditawar habuan kaitkan PM, Rosmah dgn Altantuya
- 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- Tan Sri Sulaiman Daud Meninggal Dunia.
- Hisham: Nakal sifatkan saya, Musa tegang
- MCA sedang pujuk Yip
- ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
-
▼
March
(39)
Tracker
Wibiya

Post a Comment