Jenazah ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melaka, Jalan Cheras.
Bekas timbalan menteri besar Selangor itu meninggal dunia jam 9.27 malam tadi akibat barah otak.
![]() |
Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar; naib presiden PKR, Azmin Ali; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang.
Pemimpin-pemimpin, jiran, kenalan dan penyokongnya sekitar 300 orang silih berganti sejak daripada awal pagi lagi. Suasana muram menyelubungi sekitar rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras itu.
Bagaimanapun jalan agak sesak ekoran banyak kereta diparkir di tepi jalan berhampiran rumahnya. Puluhan wartawan juga membaji rumah tersebut.
Bagaimanapun ahli keluarnga si mati tidak membenarkan mereka mengambil gambar di dalam perkarangan rumah dan berhampiran jenazah ketika ia dikebumikan. Ahli keluarganya juga enggan ditemuramah kerana terlalu sedih.
Pelbagai parti kongsi kesedihan
Kira-kira jam 10.30 pagi jenazah dibawa ke Masjid Batu 10 - atau lebih dikenali sebagai Masjid Kuning - untuk disolatkan. Antara pemimpin yang turut bersolat bersama kira-kira 100 hadirin, antaranya Anwar, Azmin, Zulkifli dan Noh .
Walaupun berlainan parti politik, kelihatan pemimpin tersebut berkongsi kesedihan yang sama dan mengambil peluang bertegur-sapa antara satu sama lain.
![]() |
“Beliau seorang yang kuat dengan idealisme bahasa dan pendidikan. Saya ketika itu bergiat dalam Persatuan Bahasa Melayu UM.
“Walaupun mungkin tidak dapat menjalankan tugas dengan sebagai ahli parlimen dengan baik kerana lama uzur, pemergiannya akan sentiasa dikenang,” kata Anwar dan berbaju Melayu putih dan bersongkok.
Sementara Noh pula berkata pemergian almarhum merupakan kehilangan kepada seluruh rakyat negeri Selangor.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga almarhum. Beliau terkenal dengan perkhidmatannya yang bagus sejak menjadi timbalan menteri besar (Selangor) lagi. Kita tidak dapat nafikan sumbangan amat besar kepada Umno sendiri dan rakyat Selangor secara amnya,” katanya.
Contoh ahli politik konsisten, bersih
Lim pula ketika ditemui di rumah almarhum pula hanya berkata: “Saya sedih dengan pemergiannya. Saya ucapkan takziah kepada ahli keluarganya”.
Manakala Dr Hasan pula berkata, PAS sentiasa menjadikan almarhum sebagai contoh seorang ahli politik yang gigih, konsisten dan bersih dalam politik.
“Beliau amat peramah dan rendah diri. Pemimpin seperti ini amat sudah dicari ganti,” katanya.
![]() |
Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Sumber Malaysiakini
Friday, March 26, 2010
//
Labels:
Politik
//
0
comments
//
0 comments to "MP Hulu Selangor selamat dikebumikan"
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(73)
-
▼
March
(39)
- Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M'sia
- TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia
- Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan...
- Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi
- Gerakan: Ucapan Mahathir 'Jijik'
- Anwar to zero in on APCO in Parliament today
- Chua: Tugas kita bermula hari ini...
- Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
- Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
- Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor
- Siapa bos MCA esok?
- Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Laporan polis terhadap Zahrain
- Sah: MIC akan calonkan Palanivel
- MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
- TM unveils UniFi high speed broadband pricing
- Polis tahan Datuk Wan Hashim
- Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN
- Anwar Enggan Ulas Zul, Bertekak Dengan Wartawan
- Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
- Lim: Pengundi boleh seret Yip ke mahkamah
- Dua Pemangku Raja Kelantan?
- Adenan Satem kembali dalam kabinet Sarawak
- Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei
- MP Hulu Selangor meninggal dunia
- Kerajaan Kelantan Lantik Ku Li Runding Isu Royalt...
- Sempena Hari Polis Ke-203: Integriti, profesionali...
- RM1b in laptops for poor students
- Adun Titi Tinggi tarik balik surat letak jawatan
- Saham judi: Ibrahim Ali akan saman
- BN Perlis tak mahu pilihanraya kecil - Malaysiakini
- Zul ditawar habuan kaitkan PM, Rosmah dgn Altantuya
- 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- Tan Sri Sulaiman Daud Meninggal Dunia.
- Hisham: Nakal sifatkan saya, Musa tegang
- MCA sedang pujuk Yip
- ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
-
▼
March
(39)
Tracker
Wibiya

Post a Comment