Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang pertama meskipun sebelum ini menerima beberapa tamparan terhadap imej NGO itu.
Minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menolak jemputan berkenaan.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.Tindakan yang sama diambil oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.
Namun semua itu, tidak mematahkan semangat presidennya, datuk Ibrahim Ali daripada meneruskan agenda perjuangan Melayu dengan kehadiran tidak kurang 4,000 ahli dan tetamu hari ini.
Sebagai ganti, bekas Perdana Menteri diundang khas merasmikan AGM Perkasa dan kemudiannya dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.
Selepas majlis perasmian, Perkasa kemudiannya membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.
Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.
Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut tengah hari tadi, Arman berkata, mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”
Beliau juga mempersoalkan kenapakah polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya.“Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.
Bekas ahli parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.
Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.
Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.
Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.
Sumber malaysiakini
0 comments to "Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat"
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(73)
-
▼
March
(39)
- Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M'sia
- TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia
- Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan...
- Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi
- Gerakan: Ucapan Mahathir 'Jijik'
- Anwar to zero in on APCO in Parliament today
- Chua: Tugas kita bermula hari ini...
- Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
- Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
- Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor
- Siapa bos MCA esok?
- Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Laporan polis terhadap Zahrain
- Sah: MIC akan calonkan Palanivel
- MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
- TM unveils UniFi high speed broadband pricing
- Polis tahan Datuk Wan Hashim
- Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN
- Anwar Enggan Ulas Zul, Bertekak Dengan Wartawan
- Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
- Lim: Pengundi boleh seret Yip ke mahkamah
- Dua Pemangku Raja Kelantan?
- Adenan Satem kembali dalam kabinet Sarawak
- Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei
- MP Hulu Selangor meninggal dunia
- Kerajaan Kelantan Lantik Ku Li Runding Isu Royalt...
- Sempena Hari Polis Ke-203: Integriti, profesionali...
- RM1b in laptops for poor students
- Adun Titi Tinggi tarik balik surat letak jawatan
- Saham judi: Ibrahim Ali akan saman
- BN Perlis tak mahu pilihanraya kecil - Malaysiakini
- Zul ditawar habuan kaitkan PM, Rosmah dgn Altantuya
- 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- Tan Sri Sulaiman Daud Meninggal Dunia.
- Hisham: Nakal sifatkan saya, Musa tegang
- MCA sedang pujuk Yip
- ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
-
▼
March
(39)
Tracker
Wibiya

Post a Comment