
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden. Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.
Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi. Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi. Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat. Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak. Manakala mereka yang menang jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5). Dua puluh lima pemenang jawatankuasa pusat, termasuk 14 penyandang (nama penyandang dihitamkan) ialah: 1.Lee Chee Leong (1,430) Sebelum ini, 2,315 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini. 6.50pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Keputusan sedang diumumkan bermula dengan 25 pemenang jawatankuasa pusat MCA. 6.40pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Manakala pengiraan semula undi bagi kerusi ke-25 jawatankuasa pusat sedang berjalan. 5.11pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden pula bermula selepas selesai pengiraan undi bagi jawatan naib presiden, Manakala pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai kira-kira jam 4.30 petang. 4.37pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan naib presiden pula bermula. Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat sudah selesai kira-kira jam 4.30 petang. 1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi. 12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari. 11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.
10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti. 10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka. 10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir. 9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.
8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar. Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.
Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?" | ||||||
0 comments to "Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan"
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(73)
-
▼
March
(39)
- Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M'sia
- TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M'sia
- Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan...
- Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi
- Gerakan: Ucapan Mahathir 'Jijik'
- Anwar to zero in on APCO in Parliament today
- Chua: Tugas kita bermula hari ini...
- Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
- Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
- Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor
- Siapa bos MCA esok?
- Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Laporan polis terhadap Zahrain
- Sah: MIC akan calonkan Palanivel
- MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
- TM unveils UniFi high speed broadband pricing
- Polis tahan Datuk Wan Hashim
- Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN
- Anwar Enggan Ulas Zul, Bertekak Dengan Wartawan
- Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
- Lim: Pengundi boleh seret Yip ke mahkamah
- Dua Pemangku Raja Kelantan?
- Adenan Satem kembali dalam kabinet Sarawak
- Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei
- MP Hulu Selangor meninggal dunia
- Kerajaan Kelantan Lantik Ku Li Runding Isu Royalt...
- Sempena Hari Polis Ke-203: Integriti, profesionali...
- RM1b in laptops for poor students
- Adun Titi Tinggi tarik balik surat letak jawatan
- Saham judi: Ibrahim Ali akan saman
- BN Perlis tak mahu pilihanraya kecil - Malaysiakini
- Zul ditawar habuan kaitkan PM, Rosmah dgn Altantuya
- 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- Tan Sri Sulaiman Daud Meninggal Dunia.
- Hisham: Nakal sifatkan saya, Musa tegang
- MCA sedang pujuk Yip
- ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
-
▼
March
(39)
Tracker
Wibiya

Post a Comment